Pening Pilih Kamera?
Tuan-tuan baru nak mula jadi content creator tapi pening nak pilih kamera?
Sekarang ada banyak pilihan; Smartphone, action camera, vlog camera, DSLR, 360 camera. Tambah pula dengan drone macam-macam saiz dan spec.
Tuan-tuan datang ke tempat yang betul.
Tuan-tuan tak sempat nak study spec satu-satu dan bila tengok review semua kata best. Mana satu yang betul? Ke semuanya iklan je sebenarnya?
Tersalah beli nanti menyesal pula. Semuanya harga ribu-ribu.
Jadi macam nilah - saya ada pengalaman main digital camera dari tahun 2000. Zaman kamera Sony Mavica yang pakai disket tu.
Buat video pula dah 15 tahun. Dari bujang sampai dah anak 5. Macam-macam kamera saya dah beli dan pakai.
Jadi ilmu dan pengalaman tu rugilah kalau saya peram sorang-sorang.
Sekarang saya akan share sepintas lalu kelebihan dan kekurangan setiap jenis kamera. Harapnya selepas itu tuan-tuan akan lebih jelas kamera yang mana harus dipilih.
Sebelum kita cerita panjang - jangan beli kamera 360 kalau tuan-tuan baru bermula.
Maksud saya bukan brand Insta360 tapi mana-mana kamera yang ada dua sensor dan lens spherical macam ni.
Kamera ni memang boleh bagi output yang funky dan fancy tapi susah nak edit. Tuan-tuan juga memerlukan app yang khusus untuk proses video dari kamera ini.
Kamera 360 ni adalah untuk bagi penambah rasa kepada video tuan-tuan. Sukar untuk jadi main camera.
Bukan semua jenis creator sesuai dengan camera ni. Kalau tuan-tuan jenis nak rakam ride naik motosikal berkuasa tinggi, hiking atau sewaktu dengannya boleh consider. Kebanyakan orang boleh lupakan dahulu.
Faham ya, kalau baru mula jangan pakai kamera 360. Nanti tuan-tuan cepat give up.
Pilihan paling selamat dari segi teknikal dan kewangan adalah smartphone. Ini adalah gajet yang memang wajib ada untuk kehidupan zaman moden.
Pada hemat saya, mula di sini. Kemudian baru fikir untuk upgrade ke kamera jenis lain. Malah tuan-tuan mungkin boleh kekal guna smartphone sahaja.
Sejak dari zaman iPhone 13, kualiti video smartphone dah setaraf dengan compact digital camera dari Sony dan sewaktu dengannya. Jadi bab kualiti video tu tak perlu risau. Dah lebih dari cukup untuk social media, YouTube pun cukup.
Smartphone juga ada macam-macam app dan aksesori untuk pelbagai jenis content creator. Nak cinematic boleh, nak vlog boleh, nak bersukan air pun boleh.
Tapi kelemahannya adalah ada masanya cepat panas, memori pula cepat penuh dan ada gangguan notification bila call dan mesej masuk. Namun itu semua boleh diatasi dan tak seharusnya menghalang tuan-tuan dari bermula jadi content creator.
Mulakan dengan smartphone, cuba jadi content creator 3, 6 bulan. Kalau boleh konsisten dan dah dapat 1000 follower di media sosial barulah berkira-kira nak beli kamera jenis lain.
Pada masa ini tuan-tuan sudah mula nampak stail masing-masing dan apa yang audiens suka.
Jadi sekarang ada tiga pilihan iaitu antara action camera, vlogging camera dan juga mirrorless camera.
Sekiranya tuan-tuan banyak shooting outdoor, tengah panas maka action camera sesuai jadi pilihan untuk upgrade. Binaan action camera juga tough jadi tak takut kalau terjatuh.
Action kamera sedia untuk ke pantai, sungai dan kolam renang. Kalau betul-betul nak snorkelling dan diving boleh tambah underwater casing.
Kamera jenis ini juga sesuai untuk vlogging sebab kebanyakannya sekarang ada secondary screen dan boleh sambung dengan microphone.
Akan tetapi, kualiti video action camera adalah lebih rendah berbanding smartphone. Jadi itulah kelemahan utama action camera.
Vlog camera seperti Osmo Pocket 3 pula mempunyai kualiti imej yang lebih setara dengan smartphone. Juga senang nak buat cinematic movement yang boleh buat audiens kata wow.
Kamera seperti ni lebih convenient berbanding kombo gimbal dan smartphone. Tak perlu sibuk nak pasang-pasang, terus sahaja boleh shooting.
Osmo Pocket 3 ni memang all about convenience. Microphone pun boleh connect directly. Bukan satu, tapi dua. Jadi nak buat vlog boleh, podcast pun boleh.
Tapi harus diingat bila ada built in gimbal maka kamera ini agak fragile. Kalau tuan-tuan jenis ganas mungkin boleh terpatahkan kamera ni.
Satu lagi ada lubang-lubang di sini maka boleh masuk air dan pasir. Jadi sila berhati-hati bila menggunakan kamera ini.
Kalau tuan-tuan yakin boleh handle kamera ni dengan cermat, maka InsyaAllah boleh pergi jauh. Sangat mudah, sangat fleksibel.
Mirrorless camera sekarang ni boleh kata agak special case. Jarang saya nak recommend kepada tuan-tuan melainkan kepada mereka yang betul-betul serius.
Tahap serius yang macam mana? Ini untuk mereka yang dah boleh buat video cinematic dengan smartphone. Shooting pun pakai app khas dengan manual setting.
Tambah pula bagi tuan-tuan yang dah mula nak ambil projek-projek korporat. Siapa yang ke arah ni boleh pertimbangkan untuk guna mirrorless camera.
Jika ini pilihan tuan-tuan maka boleh mencapai tahap kualiti video yang sangat tinggi. Mana tidaknya, saiz sensor jauh lebih besar dan lens juga berada pada tahap yang lain. Seketul lens ni dah boleh lagi mahal dan besar besar berbanding smartphone.
Jadi demikianlah sepintas lalu bagaimana hendak memilih kamera bagi content creator yang baru nak mula.
Kalau tuan-tuan memerlukan panduan yang lebih terperinci boleh daftar untuk coaching online secara percuma. Kita bincang 1 to 1 apa yang terbaik.
Terus sahaja ke https://www.kilangawan.com/2025/08/coaching.html
Sampai kita berjumpa lagi. Wassalam.

Comments
Post a Comment